Finalis Anugerah Meletop Era 2016 Diumum, Khairy Jamaludin Tercalon


Ewah ewah, nampaknya bahang kemeriahan Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) semakin terasa apabila semua nama finalis yang bersaing diumumkan. Malah, kali ini ada selebriti yang tercalon lebih daripada tiga kategori selepas orang awam membuat undian pada fasa pertama bagi memilih lima calon bagi setiap kategori. Anugerah yang diilhamkan dengan kerjasama rancangan televisyen Meletop serta Radio Era itu mempertandingkan 16 kategori, didominasi nama baru dan lama seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam dan Syamel AF 2015. Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut tercalon selain wajah baru yang dicalonkan sebagai finalis buat kali pertama iaitu Zahirah Macwilson, Mark Adam, Azrel Ismail, Syamel AF, Hafreez Adam, Ezad Lazim dan Mira Filzah.


Bertemakan 'Satu Undian, Serbu Senyuman', AME2016 bakal menggabungkan empat pengacara popular termasuk Dato’ AC Mizal, Neelofa, Jihan Muse dan Nabil Ahmad. Anugerah ini memberi peluang kepada peminat seratus peratus secara mutlak untuk mengiktiraf anak seni dan karya tempatan tidak kira bidang muzik, radio, televisyen, filem atau digital sepanjang 2015 menerusi undian SMS, undian secara atas talian atau menggunakan aplikasi terbaru, Raku. Tahun ini juga menyaksikan sambutan luar biasa peminat apabila jumlah peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama bagi kategori Drama Meletop, Lagu Meletop, Pelakon Meletop dan Penyanyi Meletop meningkat secara mendadak, jauh lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya.


Senarai lima calon akhir untuk 16 kategori disenarai pendek berdasarkan undian orang ramai sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 17 Disember 2015 hingga 15 Januari lalu. Pemenang untuk kategori Top Top Meletop (Lelaki) dan Top Top Meletop (Wanita) pula dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undian tertinggi dalam kalangan lima calon terbaik, menjadikan jumlah keseluruhan kategori yang dipertandingkan dalam AME2016 adalah sebanyak 18 kategori. Pemenang setiap kategori juga bakal membawa pulang wang tunai RM 5,000.00 berserta trofi sumbangan Astro. Talian undian fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori dibuka bermula 26 Januari, jam 6 petang hingga 28 Februari 2016, jam 12 tengah hari.


Dalam majlis sidang akhbar yang diadakan, beberapa artis membuat persembahan seperti Hyper Act, Sandra, serta gabungan kumpulan Viral dan penyampai Radio Era iaitu Ray dan Hanif, serta pelawak Shahrul Shiro. Turut hadir finalis seperti Ayda Jebat, Syamel, Ezad Lazim, De FAM, Amar Baharin, Caliph Buskers dan Hafreez Adam.

AME 2016 dijangka berlangsung meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada Ahad, 28 Februari 2016 jam 9 malam, serta boleh ditonton secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Senarai Finalis Anugerah Meletop Era 2016 Mengikut Kategori

DRAMA MELETOP
1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak

ARTIS LAWAK MELETOP
1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam

HOS MELETOP
1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Dato AC Mizal
5. Fara Fauzana

PELAKON MELETOP
1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin

PROGRAM MELETOP
1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015

LAGU MELETOP
1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Dato’ Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati

PENYANYI MELETOP
1. Ayda Jebat
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

GRUP/DUO MELETOP 
1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan menampilkan Faizal Tahir

PENYAMPAI RADIO MELETOP
1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray

PROGRAM RADIO MELETOP
1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi

FILEM MELETOP
1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

BINTANG FILEM MELETOP
1. Shaheizy Sam
2. Zizan Razak
3. Sharnaaz Ahmad
4. Maya Karin
5. Aaron Aziz

FESYEN MELETOP
1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Dato’ AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad

ARTIS BAHARU MELETOP
1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson

BINTANG ONLINE MELETOP
1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam

COUPLE MELETOP
1. Hanis Zalikha dan Hairul Azreen
2. Johan dan Ozzlyn
3. Nabil Ahmad dan Zira
4. Lisa Surihani dan Yusry
5. Yana Samsudin dan Fadzil Zahari
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan