Aliff Razali (AF6) Tak Kisah Dimaki Maknyah

Sumber foto daripada Facebook milik Aliff

Ewah ewah, tahniah EE ucapkan kepada bintang Akademi Fantasia musim keenam iaitu Aliff Razali yang melangsungkan perkahwinannya dengan seorang lagi bintang Akademi Fantasia musim ketujuh iaitu Nas Adila, 12 Disember lalu. Pasangan itu nampaknya mengikut jejak beberapa pasangan suami isteri Akademi Fantasia seperti Khai dan Rosma (AF1), Yazer dan Ekin (AF3) serta Rich dan Velvet (AF4). Bezanya, percintaan mereka bukanlah bermula ketika bersama-sama muncul dalam rancangan itu memandangkan masing-masing adalah peserta berlainan musim.


Bagaimana pun, baru-baru ini Aliff yang sejak akhir-akhir ini sering memuat naik perkongsian berunsur nasihat dan keagamaan secara terbuka membuat kenyataan bahawa dia sedia dimaki dan dikecam golongan maknyah selepas berkongsi sebuah video berkenaan impian dan harapan golongan itu di Malaysia, yang dimuat naik sebuah laman Facebook rasmi portal MuahSetapak.com. Dalam video itu, sekumpulan maknyah menyatakan kehendak mereka berkenaan penerimaan masyarakat terhadap golongan transgender, impian untuk menjadi manusia lebih berjaya dan cita-cita untuk menjadi inspirasi kepada insan lain.

Seperti yang tertulis di laman Facebook peribadinya, dia menyatakan:

"kalau kamu mati kamu rasa kamu akan di mandikan cara wanita sejati. Ti dak sama sekali. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum neraka jahanam membaham kamu tanpa belas kasih selama2nya. Jauhilah sifat yg di laknat Allah swt. Tidak ada syafaat buat kamu dari Rasulullah ﷺ di padang Mahsyar. Jgn maki atau kecam aku melainkan kamu mak nyah. 
اَسْتَغْفِرُ اللَّه الْعَظِيمَ
نَعُوذُ بِاللهِ مِنْ ذَلِِك"


Tidak pasti sama ada bintang AF itu sememangnya menolak golongan maknyah atau tidak. Cuma apa yang EE dapat agak, kenyataan itu pastinya menimbulkan rasa tidak senang kepada ramai penggiat industri seni juga khususnya jurusolek yang mana sebahagian besar daripada mereka dimonopoli golongan maknyah. EE harap ramai pihak menerima pendapat peribadi Aliff. Maklumlah, semua orang ada pendapat masing-masing kan?

EE: Selalu rujuk orang cerdik pandai.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan