Vokalis 6ixth Sense Sah Bergelar Suami



Ewah ewah, tahniah kepada pasangan sejoli yang baru saja bergelar suami isteri hari ini iaitu vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo Sambodo dan pasangannya Natasya Ain Ahmad. Mereka yang dinikahkan di kampung halaman Adi bertempat di Jember, Indonesia tampil cantik sepasang dengan persalinan putih mengikut campuran budaya Jawa-Melayu. Dengan mas kahwin berupa sepasang alatan solat dan wang tunai RM100, jejaka yang popular menerusi lagu seperti Tanpa, Menyesal, Khatimah Cinta dan Tak Bisa Memilihmu itu kini dimiliki gadis Malaysia.

Adi yang memulakan kerjayanya di negara ini sejak tahun 2004 ini bukan sahaja popular sebagai penyanyi, malah terkenal dengan nama Manusia Putih sebagai komposer yang melahirkan lagu hebat seperti Relakan Jiwa nyanyian Hazama dan Kisah Hati oleh Datin Alyah. Antara yang berada di lokasi pernikahan Adi dan isteri termasuk beberapa anggota kumpulan 6ixth Sense dan orang yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan berkenaan, Mujahid Abdul Wahab.

   

Adi dan Nastaya cantik dengan pakaian rona putih. Foto kredit Facebook Universal Music Malaysia


Pasangan pengantin bersama Mujahid Abdul Wahab. Foto kredit Facebook Mujahid Abdul Wahab


EE akan mendapatkan berita lanjut langsung dari Jember sebentar nanti. Untuk Adi dan Natasya, tahniah EE ucapkan!
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan