Siapa Penyanyi OKU Ini?

Ewah ewah diperkenalkan dengan sebuah lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Astana Cinta Aleesa lakonan Emma Maembong sedikit masa dulu. Lagu ini agak popular ketika itu walaupun jarang dimainkan di corong radio. Tapi Apa yang EE dengar, lagu ini sebenarnya cukup bermakna untuk semua pendengar. Apa kata dengar dulu dan EE akan kongsi kisahnya selepas ini.



Macam mana? Dah dengar? Apa yang EE tahu berdasarkan informasi pada YouTube, lagu ini dicipta oleh Mufari iaitu orang yang sama mencipta lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu. Patutlah bukan main sedap lagu ni. Tambah lagi, yang bertindak menjadi penerbit lagu ini adalah Adi 6ixth Sense atau lebih dikenali dengan nama penanya Manusia Putih.

Berkenaan dengan penyanyi ini, namanya Dinie. Dan Dinie adalah seorang OKU Penglihatan sama macam Caliph Buskers. Adakah kewujudan Dinie akan menandingin Caliph Buskers? Mungkin ada yang akan membandingkan dia dengan band yang lebih dulu mencipta nama sewaktu Anugerah Juara Lagu itu. Tapi bagi EE, rezeki terletak pada individu. 

Kalau ada yang nak kenal lebih lanjut, boleh pergi di Faceebook penyanyi ini di https://www.facebook.com/DinieOfficial.

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan