Roslan Shah Berang Peminat Kena 'Kencing'



Ewah ewah, masih ada lagi manusia yang suka mempergunakan wang ringgit orang lain demi kepentingan diri sendiri. Terbaru, sejumlah besar peminat Roslan Shah dari Singapura berasa tertipu dengan seorang individu yang melarikan wang tempahan persembahan dan penginapan yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel mewah yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Lebih menyedihkan, khabarnya individu yang membuat khianat itu seorang warga negara Singapura. Yang tertipu juga rata-rata juga rakyat dari negara seberang tambak itu. Pendek kata, orang Singapura tipu orang Singapura.

EE tidak berlengah terus menghubungi Roslan Shah yang baru saja selesai membuat persembahan di Mutiara Damansara. Kata penyanyi yang pernah mendapat jolokan Sudirman Singapura itu, dia berasa amat berang dengan kejadian yang menimpa peminatnya memandangkan mereka sudah berhabis wang demi menonton persembahan di hotel mewah berkenaan.

"Mana saya tak marah, bayangkan ada empat buah bas yang penuh dengan peminat saya datang dari Singapura semata-mata untuk melihat persembahan tetapi sebaliknya yang berlaku hanya kerana sikap seorang individu bernama Safarina Safari yang tidak membayar wang kepada pihak hotel walaupun telah menerima wang daripada ejen yang menguruskan acara itu.

"Saya dijadualkan membuat persembahan bersama penyanyi Fazli Zainal, selain dua artis Singapura yang turut sama bersama dengan rombongan iaitu Gia Munaji dan Elfie Ismail. Malangnya, semua tertipu walaupun datang dari jauh," kata Roslan yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Lan.

Menurutnya lagi, ejen yang bernama Rifah Shaputra Hamid Alkaff mungkin dipersalahkan kerana menyerahkan wang berkenaan kepada wanita bernama Hairina itu, tetapi harapan Roslan agar tidak menyalahkan Rifah kerana ejen berkenaan sudah melakukan yang terbaik demi menjayakan acara itu.


Wanita yang dipercayai menipu peminat Roslan Shah. Sumber Facebook Tiara Marsha Alkaff


"Saya sedih kerana ada yang bersama dalam rombongan berkenaan termasuk wanita tua yang cacat penglihatan dan berkerusi roda. Mereka benar-benar nak lihat persembahan saya dan rakan-rakan.

"Sepatutnya mereka akan menginap di hotel berkenaan selama tiga hari dua malam, dan persembahan saya dijadualkan pada sebelah malam hari Sabtu. Saya sepatutnya ke Port Dickson tengahari esok selepas selesai urusan di Kuala Lumpur. Nampaknya, semuanya tidak kesampaian," kata Roslan.

Boleh dilihat pada dinding laman Facebook Roslan Shah, beberapa video dan gambar mengenai kejadian berkenaan dimuat naik oleh mangsa penipuan berkenaan. Malah, gambar individu yang dipercayai melakukan penipuan turut dimuat naik. Menurut video yang dikongsi, individu berkenaan sudah melakukan tujuh kes penipuan sebelum ini.


Video yang dimuat naik mangsa penipuan. Sumber Facebook Gia Munaji.


Roslan Shah yang masih lagi dalam rangka promosi lagu terbarunya berjudul Ek Eleh You Siapa benar-benar hampa kerana kemeja-T dan cakera padat lagunya tidak dapat diserahkan kepada peminat bertuah walaupun sudah disediakan terlebih awal demi meraikan mereka.

"Saya berharap semua peminat dapat bersabar menghadapi tragedi ini. Saya berdoa agar perkara ini selesai dengan adil dan individu yang berbuat khianat menerima balasan," kata Roslan.


Roslan turut memuat naik video bagi menenangkan peminatnya yang tertipu. Sumber Facebook Roslan Shah.


Kes ini juga khabarnya akan dibawa ke Singapura untuk tindakan selanjutnya.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan