Reza Kembali Ke Era?



Ewah ewah, lama betul tak mendengar celoteh jejaka ini menerusi corong radio. Selepas meninggalkan stesen Suria FM tidak lama dulu, bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini khabarnya bertindak sebagai penyampai jemputan di Radio IM4U. Tiba-tiba semalam kelihatan jejaka yang popular dengan nama Reza Mohamed ini memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya bersama-sama dengan penyampai Radio Era iaitu Dina Nadzir, Tauke Jambu dan Shahrul Shiro berlatar belakang pejabat radio berkenaan. Gambar itu membuatkan ramai berteka-teki sama ada Reza akan kembali ke konti bekas majikannya itu. Jika ada yang masih ingat, gandingannya bersama Nila Kurnia dalam slot malam menerusi radio nombor satu negara itu sedikit masa lalu memang serasi.

Untuk mengelakkan spekulasi lanjut, EE menghubungi Reza sendiri untuk mendapatkan kepastian. Menurutnya, dia ke Astro, Bukit Jalil atas tujuan lain dan tidak berkaitan dengan mana-mana stesen bawah kendalian Astro Radio. Sebaliknya, ada projek yang masih dalam peringkat perbincangan antara dirinya dengan sebuah bahagian di sana. EE turut bertanya apa projek yang dimaksudkan namun dia tidak mahu menghebahkan lagi projek berkenaan sehinggalah keputusan muktamad diambil.

Bagi EE, sudah sampai masa untuk lebih banyak produksi menggunakan khidmat Reza khususnya sebagai pengacara kerana terbukti jejaka ini bijak mengendalikan pelbagai program televisyen sebelum ini terutamanya yang bercorak 'game-show' dan bual bicara seperti Kelab Pop, Diari EXT Akademi Fantasia, serta Propaganza begandingan dengan Marsha Milan Londoh. Selain suaranya yang cukup 'mahal', dia selalu buat orang tidak kering gusi dengan telatahnya. Apa pun, selamat maju jaya kepada Reza!

EE: Masih dipanggil 'adik basikal' oleh pelakon Amyza Aznan kerana Kelab Pop!
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan