Pendakwah OKU Guna Kisah Hidup Yus Jambu Sebagai Teladan


Allahyarham Pak Yus


Ewah ewah lihat sana sini masih lagi bersedih dengan pemergian pelawak Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Pak Yus yang meninggal dunia 30 November lalu. Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang selepas membuat persembahan di Dataran Merdeka sempena Raja Band 2015. Pemergiannya diratapi ramai khususnya rakan industri seni, keluarga dan peminat setianya. Namun apa yang lebih menarik untuk disentuh ialah apa yang dilakukan Allahyarham ketika hayatnya. Rata-rata menceritakan sifat Allahyarham yang gemar menderma, mengambil berat terhadap rakan-rakan serta caranya melayan peminat dengan bersungguh-sungguh.

EE sendiri pernah menyaksikan bagaimana Allahyarham sanggup pulang lewat selepas menggalas tugas sebagai pengacara Konsert Rock Raya anjuran IJM Land di Seremban 2, beberapa bulan lalu untuk melayan peminat. Di sepanjang penghadang yang diletakkan di belakang pentas utama, Pak Yus kelihatan melayan setiap peminat yang ingin bergambar dengannya. Sesiapa sahaja yang menghulurkan telefon bimbit, Allahyarham akan mengambil telefon bimbit berkenaan dan bergambar secara 'selfie'. Walaupun keletihan, pelawak itu sedikit pun tidak mengeluh. Seperti yang diceritakan oleh penyanyi popular Black Hanifah, Allahyarham selalu mengingatkannya yang artis mesti ingat siapa diri mereka sebelum dilimpahi rezeki dalam dunia seni.


Ustaz Mahathir Alkhobiri


Kebaikan Pak Yus turut dijadikan teladan oleh seorang pendakwah yang berstatus OKU, Ustaz Mahathir Alkhobiri. Beliau menjadi OKU selepas kehilangan sebelah kakinya selepas mengalami kemalangan jalan raya beberapa tahun dulu. Dalam sebuah kuliah Maghrib, beliau menggunakan kisah hidup Pak Yus sebagai intipati kuliahnya. Setakat ini, perkongsian itu telah dikongsi sama lebih 7000 pengguna Facebook. Oleh kerana EE juga bersahabat dengan Ustaz Mahathir, EE telah meminta kebenaran untuk berkongsi dengan pembaca apa yang dikongsikannya. Jom kita hayati.




Untuk lebih banyak perkongsian mengenai agama, bolehlah ke laman Facebook Ustaz Mahathir Alkhobiri
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan