Mengimbau Perjalanan Nora Ariffin Dalam Anugerah Showcase



Ewah ewah, semakin cantik penyanyi bersuara lunak ini walaupun sudah hampir 22 tahun bergiat aktif dalam dunia seni. Sejak mengenakan hijab, isteri kepada komposer Johan Nawawi ini masih mengekalkan kecemerlangannya dalam dunia nyanyian dan mengekalkan kemantapan vokalnya, sama seperti ketika mula-mula muncul dengan lagu hit Di Persimpangan Dilema dahulu. Kini, Nora Ariffin bukan saja tampil dengan lagu terbaru berjudul Anugerah, malah dijadualkan membuat persembahan sempena Anugerah Showcase @ TLC selama tiga hari berturut-turut di Theatre Lounge Cafe bermula 15 hingga 17 Januari 2016.

Bakal menyampaikan lagu terbaru ciptaan tiga komposer hebat seperti Omar K, Audi Mok dan Ezra K pada persembahan berkenaan, peminat pasti terhibur kerana Nora turut menyanyikan semua lagu hitnya seperti Hanya Satu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu dan Di Persimpangan Dilema, selain lagu popular seperti  I Have Nothing, Hello dan Broken Vow. Selain hampir 20 lagu bakal disampaikan, penyanyi berasal dari Kelantan ini juga turut menampilkan beberapa artis jemputan dan pemain piano terkenal Sze Wan selaku pengarah muzik.


Kulit muka depan lagu terbaru Nora, Anugerah

Ini adalah peluang terbaik kepada semua peminat Nora untuk mengimbau kembali perjalanan penyanyi ini dalam industri seni suara. Bagaimana pun, tempahan tempat duduk untuk persembahan ini sangat terhad. Kepada yang berminat, bolehlah melayari laman sesawang http://www.theatreloungecafe.com atau menghubungi Janah menerusi nombor telefon 03-78755449 atau e-mel kepada janah@hudhudmedia.com beserta salinan kepada info@hudhudmedia.com. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi Mas Ayie menerusi talian 013-3533276.

Berkenaan lagu Anugerah, peminat boleh mendengar lagu ini secara atas talian menerusi aplikasi Spotify dan iTunes.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan