Mark Adam Tukar Profesion?


Ewah ewah, tak sangka betul penyanyi yang berasal dari Filipina ini kelihatan macam anak teruna gayanya. Walaupun kini berusia 36 tahun pada 15 Oktober lalu, penampilannya macam awal 20-an sahaja. Mark atau nama sebenarnya Fikri Adam Mark Abdullah, sememangnya popular sejak tiga tahun lalu dengan lagu Pencuri. Tetapi ramai yang tidak tahu dia sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia muzik. Cuma nasibnya lebih baik sejak lagunya 'meletup' di corong radio. Kini dia tampil dengan lagu terbaru berjudul Berat.

Walaupun popular sebagai penyanyi, rupa-rupanya suami kepada Nor Azah Redzuan ini juga boleh berhumor. Buktinya, dia bersama-sama Shuib Sepahtu menyertai Juara Parodi dalam kumpulan Selamba Blur. Kalau nak tonton aksi Mark, bolehlah menonton Astro Warna setiap Jumaat. Tetapi, sejauh mana sebenarnya kemampuan Mark dalam membuat lawak? Adakah dia ingin menukar profesion kepada pelawak pula selepas ini?

"Saya membesar dengan filem komedi, dan pelakon kegemaran saya sehingga hari ini ialah pelakon komedi seperti Adam Sandler dan Ben Stiller. Dulu saya tak sedar pun yang saya boleh buat lawak sehinggalah saya perasan orang ketawa kalau saya buat lawak," katanya.

    


Menurutnya lagi, seseorang individu akan mengambil masa untuk menyedari apa kekuatan yang ada dalam diri masing-masing. Walaupun bermula dari cabang seni yang berbeza, ada kalanya seseorang mungkin ada bakat lain sama ada lakonan, nyanyian atau berkomedi.

"Mungkin kerana cara saya bertutur dalam Bahasa Melayu membuatkan orang ketawa. Tetapi saya tidak ambil hati, bahkan saya gembira kerana mereka terhibur. Sekarang saya berusaha untuk meningkatkan kemahiran saya dalam bidang komedi.

EE sempat menyatakan kepada Mark yang dia mempunyai bakat semula jadi dalam bidang komedi memandangkan kebanyakan lagunya juga ada unsur-unsur bersahaja dan bersifat humor dalam bait liriknya. Mark lantas bersetuju dengan pendapat EE.

"Nampaknya awak (EE) orang pertama yang nyatakan pada saya perkara itu. Saya ingatkan selama ini tak ada yang perasan hasil usaha saya!" ujar Mark sambil ketawa.

Apa pun, EE ucapkan selamat berjaya kepada Mark Adam dalam Juara Parodi!
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan