Isu Lagu Kopi Dangdut: Siapa Yang Menipu?


Sumber Gambar: Kapanlagi

Ewah ewah, bukan main bergelek penonton dalam rancangan nombor satu Indonesia masa kini, D'Academy yang mengumpulkan penyanyi dangdut hebat dari empat negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Dalam pada itu, masih ada kontroversi yang berlaku baru-baru ini apabila penyanyi dangdut veteran Indonesia, Fahmi Shahab mengambil tindakan mahkamah kepada penyiar rancangan itu iaitu Indosiar kerana menggunakan lagu Kopi Dangdut tanpa kebenaran seperti yang dilaporkan portal terkenal Kapanlagi. Menurut Fahmi, lagu Kopi Dangdut dan sebuah lagi lagu Gubuk Bambu telah diolah muziknya dan disiarkan menerusi drama mini Kejora 1 dan 2, lakonan peserta D'Academy. Dia juga dilaporkan adalah pencipta asal lagu berkenaan.


Lagu asal rakaman Hugo Blanco

Bagaimana pun, tersebar di laman sosial bahawa lagu Kopi Dangdut bukanlah ciptaan asalnya. Lagu berkenaan adalah sebuah lagu yang dicipta pada tahun 1958 dalam bahasa Sepanyol berjudul Moliendo Cafè. Ramai yang mula mempersoalkan ketulenan ciptaan Fahmi yang dilahirkan pada 9 Januari 1956, bermakna lagu berkenaan dicipta ketika penyanyi dangdut itu berusia hanya 2 tahun.


Julio Iglesias turut merakamkan lagu Moleindo Cafè dalam album America pada tahun 1976

Lagu Moliendo Cafè dicipta oleh Hugo Blanco, pemuzik dari Venezuela. Bagaimana pun, Hugo turut disaman oleh pakciknya sendiri, Jose Manzo Perroni yang mengatakan lagu itu dicipta dengan bantuannya. Malah dalam laman Wikipedia, turut menyatakan lagu berkenaan telah dirakamkan dalam Bahasa Indonesia iaitu Kopi Dangdut dan ditukar liriknya.

Jadi, siapa yang betul dan siapa yang salah dalam hal ini?

EE: Masih teringat kisah sebuah lagu Israel yang dinyanyikan artis wanita terkenal sehingga berjaya masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu, sedikit masa dulu. 
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan