Farawahida Cerita Fasal Bersunat!


Ewah ewah, bukan main cantik lagi penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tanpamu ini. Sejak berkahwin dengan ahli perniagaan Abdul Shukur Mohd Zain, dan kemudiannya tampil berhijab, ternyata anak kelahiran Taiping, Perak ini semakin anggun. Tetapi, ketika EE menemui penyanyi yang pernah mendapat jolokan Kajol Malaysia ini bercerita mengenai bersunat pula!

"Memang betul, sekarang saya dah tahu sikit-sikit mengenai bersunat. Tapi jangan salah sangka, saya sebenarnya membantu suami dalam perniagaan membekalkan alatan bersunat berteknologi moden iaitu Sunatech.

"Apa yang saya tahu, kaedah ini lebih memudahkan dalam amalan berkhatan untuk kaum lelaki," katanya.

Bagaimana pun, penyanyi yang menamatkan zaman bujangnya pada 16 Disember 2013 ini menafikan terbabit secara langsung dalam proses penyunatan. Ujarnya, dia hanya membantu suaminya serba sedikit dalam menguruskan syarikat khususnya yang melibatkan urusan yang lebih peribadi.

"Suami saya sebenarnya tidak mahu menggunakan nama saya sebagai batu loncatan untuk mengembangkan perniagaannya, tetapi saya sebagai isteri rasa terpanggil untuk membantu kerana suami saya mencari rezeki untuk menyara keluarga juga.

"Jika saya tiada undangan persembahan, apa salahnya saya memberikan sokongan," katanya yang ditemui ketika rakaman Bollygood di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam semalam.

Bercerita mengenai kerjayanya sebagai penyanyi, tidak banyak yang dia hendak kongsikan kerana lagu terakhir yang dirakamkannya iaitu Jangan Tanya Aku Lagi pun sudah berusia empat tahun. Buat masa ini, dia hanya menumpukan kepada undangan persembahan selain menjalankan kewajipan sebagai isteri.

"Saya masih belum ada perancangan untuk merakamkan apa-apa lagu memandangkan sekarang saya bergerak sendiri sahaja. Insya-Allah jika ada rezeki, adalah buah tangan terbaru yang akan saya kongsikan dengan peminat," katanya lagi.

   
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan