Ella Bakal Anjur Konsert?


Gambar: Instagram Ella

Ewah ewah, nampaknya industri hiburan semakin rancak berbanding beberapa tahun lepas. Banyak syarikat pun sudah berminat untuk menaja pelbagai acara besar termasuk konsert. Dengar khabar, Ratu Rock Malaysia iaitu Ella juga bakal mengadakan konsert solo selepas kali terakhir menganjurkan konsert sedemikian berbelas tahun lepas. Khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh pengurusan Ella tetapi belum ada kata putus lagi buat masa sekarang. Mungkin pengumuman akan dilakukan tidak lama lagi. Bagi EE, inilah masanya untuk peminat menyaksikan sendiri legenda rock ini beraksi secara langsung walaupun tatkala industri muzik masih lagi ketandusan dana untuk mengadakan acara besar seperti ini. Harapan kita, lebih banyak lagi pihak yang sudi menyumbang agar dunia seni muzik tanah air terus berkembang pesat. Tak mahulah terjadi lagi kes seperti penyanyi Soo Wincci yang 'hilang' penaja hanya kerana menyuarakan pendapat. Tak seronoklah macam tu!

EE: Teringat persembahan Hazama di Hard Rock Cafe. Harap-harap penyanyi itu akan dapat buat konsert solo berskala besar pula!
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan