Dilwale Tak Terlepas Daripada Muat Turun Haram


Pautan yang sedang dikongsi secara terbuka di laman Facebook

Ewah ewah, ramai betul yang memberikan maklum balas dengan pekongsian EE mengenai filem terlaris di Malaysia iaitu filem lakonan Dato' Shah Rukh Khan dan Kajol iaitu Dilwale. Ramai yang masih terbuai dengan alunan lagu Janam Janam dan Gerua yang menjadi nadi utama filem arahan Rohit Shetty itu. Sehingga kini, masih ramai penonton membanjiri pawagam untuk menonton sendiri gandingan pelakon kegemaran ramai itu.

Bagaimana pun, kutipan filem ini mungkin tercalar apabila ada pihak yang mula berkongsi pautan muat turun secara haram khususnya menerusi laman sosial Facebook. Nampaknya, masih ada pihak yang masih tidak menghargai penat lelah pembikin filem sehingga tanpa rasa bersalah berkongsi pautan muat turun haram secara terbuka. Bagi EE, sikap ini perlu diubah kerana dikhuatiri gejala muat turun haram ini boleh menyebabkan industri perfileman dan muzik boleh jatuh merudum. Walaupun keadaan ekonomi kini mungkin menjadi salah satu faktor utama perkara ini berleluasa, kitalah yang harus mula menghargai hasil usaha anak seni. Kalau boleh, pergilah menonton di pawagam dan dapatkan DVD secara sah jika diedarkan kelak. Berbalik pada soal keadilan, kita juga mesti marah jika hasil usaha kita 'dicuri' orang.

EE: Sebab itu kami 'Bukan Kaki Cedok!"
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan