Artis Bergelek Sakan Ala Bollywood


Ewah ewah bukan main gelek lagi artis kita. Adakah kerana sekarang ini dilanda demam Bollywood kerana filem lakonan Dato' Shah Rukh Khan dan Kajol iaitu Dilwale? Tetapi mereka bergelek bukan kerana filem berkenaan, tetapi sempena rakaman rancangan Bolygood di RTM. Mengikut kata pihak produksi, rancangan ini bakal disiarkan pada Januari 2016 nanti.

Antara artis yang terlibat bukan sahaja penyanyi, pelakon juga terbabit sama. Ada dimasukkan sketsa ala Hindustan pada celah-celah persembahan. Menariknya, artis yang biasa dilihat sebagai pelakon turut menyanyi lagu Hindi popular termasuklah pelawak Mat Over dan artis jelita Kilafairy. Pelakon yang turut sama bergelek termasuklah Johan As'ari, Azrul Raja Lawak, Amyza Aznan, Ieda Moin, Amar Asyraf dan Nad Zainal.

Penyanyi yang turut menjayakan rakaman Bolygood adalah Isma AF7, Haziq Rosebi dan Farawahida. Tidak ketinggalan juga ialah penyanyi yang pernah mencipta nama dalam rancangan terbitan RTM. Lihatlah gelagat mereka, bukan main lagi membawa tema Hindi. Antara lagu yang disampaikan termasuk Ab Aab Laut Chalen, Nasha Ye Pyar Ka daripada filem Mann, Bole Chudiyan daripada filem Kabhi Kushi Kabhi Gham dan banyak lagi. Pendek kata, memang menghiburkan.

Jom kita lihat aksi mereka.

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan