Ajak Shiro: "Pak Yus Pinjam Duit Saya, Tetapi..."



Ewah ewah ada cerita menarik untuk dikongsikan dengan pembaca mengenai kisah saat-saat akhir sebelum pelawak Yussry Edoo atau Pak Yus, meninggal dunia. Cerita ini diceritakan sendiri oleh salah seorang teman rapat Allahyarham iaitu Ajak Shiro yang turut sama menjayakan Juara Parodi Khas - Pak Yus Dalam Kenangan malam tadi. Ajak yang ditemui sewaktu majlis sidang akhbar selepas acara berkenaan berlangsung masih tidak dapat melupakan sifat Pak Yus yang benar-benar mementingkan persahabatan.

"Minggu terakhir sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menelefon saya. Katanya ingin meminjam wang sebanyak RM5000. Tanpa banyak soal saya terus meminta nombor akaun bank miliknya agar saya dapat membantu. Pada fikiran saya ketika itu, mungkin Pak Yus benar-benar dalam kesusahan," ceritanya.

Selepas wang dimasukkan pada hari Rabu, Allahyarham berjanji akan membayar kembali pinjaman itu secepat mungkin. Tanpa disangka, pada hari Khamis Pak Yus meminta nombor akaun bank Ajak dan sebanyak RM4500 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebagai bayaran balik.

"Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah)," kata Allahyarham.

   


Ajak tanpa banyak soal terus bersetuju tanpa memikirkan apa-apa kepelikan di sebalik tindakan Allahyarham. Pada hari Jumaat minggu lepas, Pak Yus menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 di tangan Ajak. Ajak berasa pelik tetapi mengambil keputusan untuk berdiam sahaja.

Rupa-rupanya, Allahyarham ternyata ingin menguji semangat setiakawan Ajak terhadapnya. Wang hadiah Super Spontan ketika itu sebenarnya masih belum diterima. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Tauke Jambu kepada Ajak.

"Tauke ada beritahu saya, Pak Yus ada memberitahunya yang dia ingin sekali berpasangan dengan Ajak jika Tauke tidak lagi bersamanya. Katanya, saya adalah benar-benar seorang kawan kerana sanggup membantunya. Tak sangka Pak Yus sebenarnya hendak menguji saya," kata Ajak yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.

Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Allahyarham untuk menguji Ajak. Pak Yus memanggil Ajak untuk meminta bantuan kononnya keretanya rosak.

"Saya tanpa banyak soal terus mengikut Pak Yus. Rupa-rupanya kereta yang dimaksudkan adalah sebuah kereta prop," kata Ajak lagi. Ternyata Pak Yus amat mementingkan setiakawan dan sering menguji orang sekeliling untuk menilai sejauh mana erti persahabatan bagi mereka.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan