Adibah Noor Nafi Tak Boleh Cari Makan


Adibah Noor sewaktu menjayakan Konsert Alumni Bintang di Auditorium Perdana, Angkasapuri baru-baru ini

Ewah ewah, dalam pada ramai artis merasakan mereka tak boleh cari makan dalam industri muzik, nampaknya artis serba boleh Adibah Noor tidak berfikiran negatif sebaliknya selesa dengan rezeki yang diperolehinya. Malah, nampaknya terus maju ke depan tanpa mempedulikan senario yang dihadapi kebanyakan penggiat seni yang mengeluh dengan nasib mereka khususnya dalam industri muzik. EE sempat melihat bekas guru Bahasa Inggeris itu menolak dakwaan seorang pemerhati industri muzik menerusi laman Twitter yang menyatakan Adibah mungkin akan pergi lebih jauh jika cari makan di luar negara, seperti penyanyi antarabangsa Adele. Kata Adibah yang juga penyampai radio Suria FM, dia mungkin tidak dapat bertahan jika berada di luar negara sedangkan di tanah air, dia baik-baik saja.

Sebenarnya, perdebatan itu bermula apabila seorang pengguna Twitter iaitu @twt_muzik mengajukan soalan kepada pengikutnya mengenai apa yang mereka dapat lihat suasana realiti industri muzik sekarang, yang mana individu yang tidak ada bakat tetapi popular sedangkan ramai lagi yang berbakat. Seorang pengikut iaitu @MalequeArrasyid menjawab, menurutnya kebanyakan peminat di Malaysia lebih mementingkan rupa. Dia juga mengambil Adibah Noor sebagai contoh, yang mana mungkin wanita itu mungkin akan pergi lebih jauh jika berada di luar negara. Bagaimana pun, Adibah menjawab sebaliknya.


Apa pun, EE rasa mungkin niat  @MalequeArrasyid ingin berkongsi rasa dan keyakinannya terhadap Adibah Noor. Sebenarnya ramai pengikut industri muzik tanah air kesal kerana seseorang penggiat muzik sering kali mengalami banyak cabaran khususnya jika tidak mempunyai pakej dari segi rupa sehingga ramai 'merajuk' walaupun berpotensi dalam dunia seni. Mungkin inilah masanya untuk kita ubah cara pemikiran pendengar dan peminat agar pergi lebih jauh.

EE: Masih teringat cerita Black Hanifah bagaimana dia ditolak mentah-mentah dalam sebuah uji bakat sebuah program realiti televisyen sedikit masa lalu dengan alasan 'program ini mahu pakej lengkap termasuk rupa'. 
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan