Baru Beberapa Jam Kemas Kini Instagram, Yus Jambu Meninggal Dunia

Ewah ewah mendapat khabar paling sedih penghujung tahun ini apabila Juara Raja Lawak musim pertama, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu meninggal dunia di Hospital Selayang, malam tadi akibat sesak nafas.

Berita ini disahkan oleh Afdlin Shauki di laman Facebook milik beliau. Turut mengesahkan ialah rakan Allahyarham dalam kumpulan Jambu iaitu Tauke menerusi akaun Instagramnya. Jihan Muse juga sempat mengemas kini laman Facebook miliknya dan menyatakan dia dalam perjalanan menziarahi jenazah di Hospital Selayang.

Menurut peminat, Allahyarham baru saja mengemas kini akaun Instagramnya beberapa jam sebelum meninggal dunia. Rata-rata menyatakan perasaan tidak percaya dengan berita ini.



Daripada Facebook Afdlin Shauki


Daripada Instagram Tauke Jambu


Daripada Facebook Jihan Muse


Kemas kini terakhir akaun Instagram kepunyaan Allahyarham

Rakan baik Allahyarham turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus ini. Turut mengemas kini laman Instagram mengenai pemergian Pak Yus termasuklah Mawi yang baru beberapa hari bersama dengan Allahyarham.


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan