'Gerhana' Persembahan Terakhir Pak Yus

Ewah ewah masih lagi terkejut dengan pemergian Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, yang meninggal dunia di Hospital Selayang selepas mengalami sesak nafas ketika perjalanan pulang daripada membuat persembahan di Dataran Merdeka.


Foto Instagram Pak Yus


Pak Yus sedang membuat persembahan di Dataran Merdeka. Sumber foto pembaca.



Menurut isteri kepada Monoloque, Dahlia, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Yus ini mendapat perkahabaran daripada suaminya yang baru saja beberapa jam membuat persembahan bersama sempena Konsert Akhir Raja Band Kuala Lumpur 2015 yang turut menampilkan nama besar seperti Monoloque sendiri, Edrie Hashim, Tam Spider, Aidit Alfian dan Genervie Kam.


Status Facebook isteri Monoloque yang juga peminat Allahyarham Pak Yus


Allahyarham bersama dengan kumpulan yang dikenali sebagai '5 Bara' yang turut dianggotai oleh Adek Heavy Machine, Eddy dan Mie Raja Lawak.


Poster Konsert Akhir Raja Band Kuala Lumpur 2015 yang dimuatnaik Pak Yus beberapa jam sebelum meninggal dunia


Sesi latihan bersama '5 Bara' semalam


Antara persembahan terakhir Pak Yus di Dataran Merdeka. Sumber: Facebook Faiz Zainal

Pak Yus dikatakan turut mendendangkan sebuah lagu berjudul Gerhana ketika konsert berkenaan.

EE turut memperoleh gambar suasana di kawasan Jabatan Forensik, Hospital Selayang selepas Pak Yus meninggal dunia. Kelihatan beberapa selebriti hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.




Al-fatihah untuk Allahyarham Pak Yus.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan