Body Sweet Scrub: Produk Kecantikan Boleh Dimakan!

Ewah ewah, ramai betul yang nak cantik dalam dunia ni tapi jarang yang betul-betul ambil tahu produk yang mereka gunakan sama ada memberi kesan buruk jangka panjang atau tidak. Bukan apa, selalunya produk kecantikan mempunyai bahan kimia yang mungkin membahayakan kesihatan pengguna. EE diperkenalkan dengan satu produk yang sangat unik. Kenapa EE kata unik? Kerana produk ini BOLEH DIMAKAN!



Body Sweet Scrub ini dihasilkan daripada gula, gula perang, minyak badam, minyak jojoba dan esen semula jadi, cukup untuk memberikan kulit kelembapan berpanjangan sepanjang hari selepas digunakan. Bukan saja untuk membersihkan kulit mati pada wajah, produk ini juga boleh digunakan pada seluruh badan tanpa mengeringkan kulit. Berbeza dengan garam yang lebih menyerap lembapan, gula memberikan kelembapan yang cukup untuk kulit sekali gus tidak meninggalkan kesan radang.

Produk ini didatangkan dengan tiga perasa iaitu Ros, Koko dan Vanila dan berharga hanya RM35 sahaja.



Keistimewaan Body Sweet Scrub ialah tidak mengandungi bahan pengawet, boleh dipakai harian tanpa menghakiskan kulit serta melembut dan mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan yang merosakkan kulit anda.

Produk ini juga mampu menegangkan payu dara, menanggalkan sel-sel kulit mati dan menyembuhkan luka kecil. Bagi pasangan suami isteri, produk ini memberikan haruman yang menggoda dan boleh digunakan sebagai 'penambah perisa' dalam hubungan suami isteri.

Cara untuk menggunakannya ialah dengan melulurkan Body Sweet Scrub dan gosokkan secara perlahan. Biarkan antara tiga hingga lima minit sebelum dibilas dengan air.



Produk ini turut hadir dalam pelbagai saiz dan bentuk, sesuai untuk dijadikan hantaran, hadiah, hamper atau 'goodies bag' untuk sebarang majlis.

Untuk tempahan, bolehlah layari laman Facebook Rasmi Body Sweet Scrub.

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan